Aku nak update manyak-manyak sebelum tibanya masa untuk pi balik ke kuching untuk sambung study. Dah kat sane, trust me. Time is golden, silver and stainless steel. Tapi rugi, tak dapat digadai. Haha! Just kidding. Kami kat sana kekadang memang terkejar-kejar sana sini dengan kelas, nak dapat cop untuk dapat kolej kediaman pulak, belum lagi dengan aktiviti kokurikulumnya,tambah lagi kalau malam ada test. Ohhh. Sememangnya penabuk(penat+sibuk). Sebut pasal kokurikulum nih, aku dan kengkawan berpakat nak keluar dari mengambil Kestaria Negara. Kalau ada yang tak tau tuh, kesatria nih ramai cakap senang jer nak score ‘A’. Kerja die banya berkawadlah, dari nama dah tergambarkan? Tapi untuk semester2 banyak lompat honey star jer aku tengok. Kau pujok lah macam-macam, tetap aku dan kengkawan ramai sepakat tak nak masuk tuh lagi. Hihi. So kami ambil sport wellness. To make matter worst, kawan aku cakap ade senior inform dia apa yang kami ambil nih ada membabitkan swimming. Palak mak bapak nenek datuk moyang kauuuu.haha Manalah aku pandai berenang? haha. Lucu tau bila aku pikir-pikir balik. Nak tukar belum lagi terbuka hati nih, aku wait and see jer lah nanti. Hey kawan, mek ekot takorang jak tauk sik?
17 November nih pulak upsr keluar. Aku yang excited dari adik aku. adik aku excited kejap-kejap jer tapi aku berpanjangan. Haha. Aku dapat rasalah adek aku nih akan mengalahkan result aku. jeng jeng jeng. Amin^ ^ harap-harap juga. Nanti kiter tengok yek apa die dapat. Aku doakan yang terbaik sesangat untuk die. Yelahkan. Dialah satu-satunya adik aku. kekadang aku nih ingin jugak ader adik perempuan. Sampaikan pernah sekali aku nih nak try test cuba make up kat muka adek aku. HAHA! Korang tau tak apa adik aku cakap? Nihhh, ‘eee. kelak adik jadi pondan lak’ haha! Penuh emosi pulak adik aku nih. Rilek lah bro. Tak lah terus jadi camtukan? Aku sempat letak compact powder jer kat muka dia. Haha. Tu pun dia lap dengan baju dia sampai aku kena marah mak aku baju tu kotor. Baju warna puteh suci pulak tuh. Mau tak mau, terima dengan senyuman jer. Jangan tau contohi aku. kesian dengan adik laki korang. Memang ‘tulah’ betollah aku nihkan? :P
Tinggalkan pasal tu, aku nak poret pasal isnin nih. Ada ape dengan cinta? Hari isnin nih kan budak form5 spm? Mai sini akak syue nak ucap. Ingga sik kau rasa? Haha. Budak form5 yang first sekali aku nak ucap ialah kazen aku yang cantik manis tuh. Aku sayang sesangat kat die. Dia ialah Nur Sabrina. Iloveyou cuz! All the best for her. Kebanyakan buku-buku spm aku, aku bagi kat die nih haa. Mek doakan ktk deng! Aku tau sesangat dia memang usaha keras untuk spm nih. Aku pernah pesan kat die jangan jadi macam aku. Dah berapa bulan nak spm, baru bertungkus-lumus macam gajah. Gajah? What so ever. Dalam otak aku terus terfikir gajah. Nasiblah. hihi dan seterusnya, sememangnya dan semestinya untuk semua yang akan menduduki spm isnin nih nanti. Usaha, doa dan tawakal memang adunan sejati resepi spm nih dan resepi-resipi nak berjaya yang lain kan abang-abang dan kakak-kakak sekalian. Harap sesangat yang duduki spm nih nanti akan tenang ketika menjawab soalan. Bila kita dah usaha, kita buat, ada satu rasa kepuasan dan tak kisahlah apa keputusannya nanti, kita tahu dah buat yang terbaik bukan? Good luck. Semoga berjaya. Hwaiting. 3 bahasa nie jer aku tahu jang. Haha :D
Baiklah. Done updating. Tomorrow plan: rawatan resdung lagi. Ya Allah, harap semuanya berjalan dengan lancar kerana aku percaya sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan dan sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan (Al-insyirah: Ayat 5-6)





No comments:
Post a Comment