Monday, November 7, 2011

FRESHIE ENOUGH?


Assalamualaikum^ ^


Tinggal beberapa hari lagi kami budak uitm ni pi balik stuDYING lagi. Ya, amat men’dyingkan’ sangat. Hihi apa boleh buat, tahi sudah bulat. Ini merupakan pengorbanan seorang yang bergelar anak bukan? Akur dan buat yang berhabis baik punya. Untuk yang baru masuk nanti, all i can say is ‘GOOD LUCK AND ALL THE BEST’ yer. pesanan penaja yang begitu dalam maksud tersiratnya. Gurau jer dear^ ^ Sajer bagi mode makin neves. Aku dulu time nak masuk macam2 jer di minda. First thing aku piker ialah kena buli oleh senior. HAHA

Aku harap sesangat korang yang baru masuk tu tak terlampau kejutan budaya alright?And one most important thing. Friend friend friend.Salah pilih kawan nih memang penyakit yang penyembuhnya takde kat doktor. Umpama kalau kite hilang jari, mane de jari spare kat klinik2 tuh. Lain lah kalau takde rambut, dapat gune rambut palsu yek.Rambut orang mati tu bak kata mak aku. Lagi bagus kalau yang islam tu, gune jer lah tudong. Takde apa yang rugi, tambah pahala lagi adakan kan kan. Tak lupa, kalau ada yang nak tips-tips persediaan sebagai seorang freshie mai lah contact aku ok? Berdasarkan pengalaman aku sebagai freshie bulan 5 hari tu lah, nanti aku readykan esei untuk korang baca. Don’t worry be happy. haha :D

21/11/2011 ini nanti bermula lah kuliah kami untuk semester yang baru. Aku pula akan masuk semester 2. Oh, perjalanan masih jauh lagi. Ada lagi 3 semester yang aku perlu redah. Harap semua harapan mak bapak aku akan jadi kenyataan kerana ianya harapaan ku juga. Persediaan aku nak pi balik sana belum lagi aku buat. Mak aku dok cakap ‘nurul, cuba listkan barang-barang yang mok diembak cnun lak’ dan aku mestilah cakap ‘aok mak’. Masalahnya. Aku kerap cakap ’katok buat ya’ then aku g ke lappy aku dan online. Dah habis aktiviti ‘menyihatkan’ itu tadi aku pi cakap lagi ‘katok jak buat’ dan aku pi tonton tv pulak. tunda tunda dan lagi-lagi tunda. Ni tengah naip ni pun aku dapat lagi cakap ‘katok aku buat list ya’. Yalah tuh. Kita tunggu dan lihatlah cik syue ni buat tak list tu yee.

Nama entry ni pun kenangan semester 1 kan? Aku nak lah share picture2 aku dan kengkawan dalam semester 1 ni kan?Susah senang memang kami tetap bersama.Walau kekadang ada juga ‘tough times’ kami. Ada kekadang time2 tak puas hati antara kami, time percanggahan pendapat, time perangai yang tak matang dan ego menguasai diri dan sebagainya.Tetapi, seperti aku pernah cakap pada post ku yang lepas, semua itu adalah adunan dalam proses untuk persahabatan yang kukuh. Aku berterima kasih sesangat aku dikelilingi kengkawan yang amat baik belaka. Remember friend, ‘life is not easy and it will never be but believe me you’ve got friends and one of them is me dear’



Sharing is? Caring! ^ ^






one of my best girls, siti rohayu binti rohman. ily!


Semuanya akan menjadi kenangan manis aku sebagai seorang mahasiswi. Alhamdulillah. Ketika di semester pertama ini aku banyak sangat belajar dan memahami banyak perkara. Aku belajar hidup berdikari tanpa selalu mengharapkan simpati, mengenal dengan lebih dalam lagi jenis-jenis manusia itu sendiri yang kadang kala susah untuk kita memahami, mengenal bahawa ilmu itu adalah sesuatu yang dicari bukan datang sendiri walaupun bukan senang untuk dicari tetapi ianya kekal di dalam diri, aku juga belajar bahawa ketika berjauhan kita akan lebih menghargai kehidupan kita ketika berada dekat dengan orang-orang yang kita sayangi, aku turut mengenal mahalnya nilai pengorbanan seorang insan demi mencapai kejayaan, tidak lupa, aku juga mengenal untuk menjadi kuat ketika bersendirian di perantauan, dan akhir sekali yang paling banyak aku belajar ialah untuk tetap tersenyum walaupun dalam hati sayu dan hanya tuhan yang tahu :’)


No comments:

Post a Comment