Bismillahirrahmanirrahim,
Dupdapdupdap jer jantung ku ni menantikan pukul 9:00 pagi esok. Sumpah aku takut sesangat. Memang doa dan tawakal jer yang mengiringi aku sekarang. Untuk tu, mai aku coret poret dulu. Ni nak tolong perasaan aku ni lupa seketika pasal tu. Dan tak lupe, nak tolong jari jemari ku menaip dengan lebih laju, cepat dan berada di kedudukan huruf yang betul. Tak lah aku ni semester kedua nanti lambat macam arnab. Jap. arnab? Are you thinking what i’m thinking? Haha
Buat pengetahuan korang yang tak tahu ni, kami budak (budak ker?) dari diploma office management and technology ada subject typing, atau dalam bahasa subjeknye document processing. Mungkin ini adalah kelebihan kami yang ambil kos ni. Kami taip tak payah tengok monitor, tak payah tengok keyboard time menaip. Memang susah. Buat kami semester 1 ni (hello, tak lagi semester 2 ok?) memanglah belum biasa bukan. Kau yang cakap senang tu, kau seniorkan? Tak pun kau tak tau nilai menaip tak gune jari sebarang? Haha naa. inilah cabaran kos kami. Kami belajar pelbagai bentuk dokumen processing. Best lah jugak. Sekuarang-kurangnya enjoy gak, tak stress sangat belajar ini. Die banyak nak ingat format. Kismis nak sepuluh kotak makan. Gurau jer :p walau macam tu juga, kes keseluruhan kelas yang dapat 100% tetap juge takde. Akulah juga antara penyumbang kes tak semua 100% tu. hihi
Cerite pasal kos kami ni, yang sememangnya orang cakap kos yang sinonim nak cantik2 plus nak makeup2 jer. Ubah lah sikit mindset tu. Alahai, sikit jer?^ ^ Bagi aku, taklah kena ‘cantik’ sesangat. Pensyarah nak pelajarnya gune pakaian yang kemas, sopan dan sodap mata memandang jer. Kalau ada dinner, high tea tu touch up lah sikit kat muka tu kan? Kalau dah kerje nanti semua kena professional (pesan bapak) Dan. NO
Btw. Skang aku nak share subjek-subjek aku untuk next sem. Aww. see see see,
| COURSE CODE | COURSE NAME |
| BEL 260 | PREPARATORY COURSE FOR MUET |
| CTU 151 | ISLAMIC SOCIETY AND STATE |
| OMT115 | INTRODUCTION TO BUSINESS |
| OMT172 | DOCUMENT PROCESSING II |
| OMT182 | OFFICE ADMINISTRATION II |
| BBM110 | BAHASA MELAYU PENGURUSAN PEJABAT |
Perasaan? Kamek happy! Sebab? Takde math untuk next sem baby! Aku suka dengan math tapi... sememangnya ayat TAPI tu wajib ada. Tapi tu kau fikir jer lah yee. Harapan aku untuk next sem ni aku harap akan dapat buat yang terbaik dari sem pertama aku. Amin. Pensyarah pun bertukar gak next sem. Aku takut tau dengan yang garang garang tu. Jiwa kacau dibuatnya. Teringat mak cakap, tak yah nak risau kalau tak buat salah. Yelah tu maa. Ily.
Nak tidur dah. Nanti update lagi yee. Assalamualaikum dan selamat malam. Result, be nice to me please? :)





No comments:
Post a Comment