Tuesday, November 8, 2011

MY DREAM?


Aku dapat inspirasi nak buat entry coret poret, atau entry luahan perasaan, atau pun entry minta puji, atau entry yang macam-macam orang akan cakap ni nanti dari mak aku. Hihi. Sayang mamak :D mak aku sure ‘klmj’ tu tadi. Die cakap kat adek aku ‘ingat sik dolok ya mak pun cita-cita nak jadi tukang sapu.haha’ aku ketawa sendirian mendengarnya. Jeng jeng jeng. Ni kisah mak aku time kecil-kecil dulu. Cikgu die tanya tiap pelajar nak jadi apa. Giliran mak aku mak aku cakap nak jadi tukang sapu. Hihi. Lucu tapi comel^ ^ Mak aku ni kuat pembersih sesangat. Kalau orang yang dok dekat dengan kami ni memang tahu lah tahap kerajinan die nih. Kekadang orang nak raya baru gotong royong macam ape. Mak aku rayakah tak rayakah tetap mengemas bagai ada raya. Semestinya sumber inspirasi aku.teringat juga, mak ku pernah cerita time dia dan bapa baru-baru nak kenal. Sampai ramai yang komen cakap kalau bapa aku dapat mak aku memang untung sesangat, rumah pun sentiasa bersih. yer. Bagus bukan kalau anak dara dibagi komen camtu? Bukannya komen setakat rupa ‘fizikal ‘ cantik atau tak pe semua.

Hmm. aku teringat juga time aku dengar radio dalam kereta aunty ku di kuching. Topic hangat-hanget-hangit deejay radio tu pasal perkahwinan. Dorang cerita mak mertua lelaki selalu menetapkan bakal menantunya pandai memasak. Tapi, tak pernah pula keluarga mempelai perempuan camtu. Cuba kalau keluarga mempelai perempuan menetapkan bakal menantunya seorang yang boleh dijadikan ‘imam’. Dalam maksud tu. Koraanggg pahamkan? For sure, segelintir lelaki jer kan yang layak? Ada tak kumbang tengah baca entry ni? Fikir-fikirkan lah yer. Kami ni perempuan lagi memasak tuh tak lama nak belajar asalkan keinginan tuh ade semuanya insyallah akan lancar. Macam pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalanlah. (statement back up kaum wanita tu jang :p)



Berbalik ke pada topic. Aku nak tanya. Tepuk dada tanya selera, cita-cita korang apa? Haa. Kalau aku, time kecik-kecik. First cita-cita aku ialah nak jadi cikgu.. pramugari pun pernah. Pramugari ni aku lagi ingat aku salu angan-angan bawa beg roda tuh, gune high heel mak ku dan bayangkan aku di airport. Macam2 lah imaginasi aku time tu. BUDAK-BUDAK katakan. Kalau cikgu tu pula, aku salu angan2 mengajar. Aku gune buku time aku lagi tadika. Skema betolkan aku time tu.haha Satu fakta yang ramai tak tahu time aku lagi budak ni, aku kuat betol angan-angan. Beg tangan mak aku, gincu memang siap lah siap. Haha :D syhhh. Rasia kiter di bloggy ni sajer ok? Korang tipu lah kalau tak pernahkan. Hihi kalau tak pernah memang advanced lah korang. Tabik toink toink (hey. Bunyi spring tu bukan bab-i.hihi )

Mai aku cerita pasal nih dengan lebih lanjut. Aku time lagi sekolah menengah nih memang lost in the jungle lah sikit pasal apa aku nak jadi. Aku nak jadi akauntan, aku nak jadi doctor, aku nak jadi lawyer semuanya aku rasa mustahil. Sampai hari tu aku dan kengkawan g kaunseling pasal kerjaya. Dia bagilah nasihat sikit-sikit. Dia cakap wajib kita ada aim nak jadi apa baru usaha kita bermakna. Takpe aim benda tinggi tapi last-last ada tapi jugak. Aim lah benda yang kita tahu setakat mana kemampuan kita. Jangan dok aim benda tinggi-tinggi, nanti tak dapat dan pi lah gantung diri di mana-mana. And the most important thing ada backup. Kalau kita tak jadi apa yang kita nak, ada backup yang lainkan? Hee. Sesajer aku nak share hal aku ni. Tak salahkan? Mungkin ada antara kita nih dapat ambil iktibar sikit-sikit. Insyallah.





Aku ni kan salu jugak dok cakap aku nak kerja opis, kerja opis dan kerja opis. Kalau mak bapa aku tanya, aku nak jadi apa. Itulah jawapan aku yang paling senang. Aku rasa mungkin sebab mulut aku nih masin lah aku dapat diploma office management and technology.haha Aku tetap bersyukur dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada ku nih. Alhamdulillah. Kalau ada yang tak tau, dalam lapan pilihan ketika nak pilih tempat + diploma time habis spm, aku takde pun pilih kos ni. So, perasaan aku pasal aku salu sebut yang aku sebut awal tadi ni memang ripleys believe it or not ler cik akak.

Untuk konklusinya, lain orang lain rasa. Aku nih cam takde word lain jer yek. Takde lah. Aku harap lah korang dan aku nih dapat apa yang kita nakkan one day. Mak aku salu ingatkan aku camni ‘mun mok umah kacak, kereta kacak, sikda lain. Belajar rajin-rajin’ haha. Iya iyalah dong ;) Bercakap macam orang tua, barang skang ni jangan main2. Barang dapur semakin naik hargakan? Sampai duit rm50 dalam sekelip mata boleh habis camtu saja. kalau ada yang nak senang jer, cuba korang salu g beli barang dengan mak bapa korang, korang lihat sekeliling, korang lihat bebanan time nak mengeluarkan duit di muka orang membayar. Hep, isk isk. orang yang berada tu kau jangan kira lah. Duit tak habis makan tu. Kekadang aku rasa sedih sesangat. Mak aku selalu cerita kat aku kalau dia g kedai kekadang ada pak cik, mak cik yang tak mampu selalu mengeluh kecil. Contohnya, ‘mahalnya barang kinek’ tak pun. Kita kadang di pasar dapt tengok ada pak cik yang masih lagi kerja berat-berat sedangkan umurnya camtu patut rehat dan menikmati hidup setelah puas berusaha bertahun-tahun. kesian tau! Bayangkan lah kita kat tempat dorang. Kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. Insyallah kalau one day kita dah kerja, bila merasa sedikit kesenangan jangan lupa orang yang merasa banyak kesusahan.

May Allah bless, help and guide all of us. Thank you for reading. :’)



No comments:

Post a Comment