Wednesday, November 2, 2011

KAPAL KAWAN,



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia :3 Entry kali ini ada ‘special’ ckit. Sebab aku nak berKLMJ sekejap. Dan ya sayang, klmj bermaksud ‘kenangan lalu mengusik jiwa’. Jangan salah tafsir lagi tau untuk ‘orang’ tu. Gurau saja dear. ily :p marilah mari berKLMJ dengan ku,

friendship, friendship and friendship. Kenapa harus ada SHIP di belakang friend tu kan? Kalau kite pikir2 logiknya, ada masuk akal tak? Mungkin sebab kapal ni kan selalunya besar,luas dan ada macam2 jenis. Ada kapal jenis untuk kite2 ni nak g honeymoon ala2 titanic harap jangan karam di lautan ais sudah, ada kapal mengangkut pendatang asing pi home sweet home, ade kapal angkut minyak gali2 minyak di laut tu, dan ade jugak kapal kapal kapal dan kapal. Kau fikir sendiri lah lagi yee manis.

So, same goes to friendship lah kan? Kite buat friend banyak, namun ada segelintir jer yang akan bersama kita saat pahit gentir saat susah saat hilangnya senyuman serta ketawa dari wajah plus bila kite frust tergoleng-goleng dan saat kite takde duit? Aik -.-“ Tak lupa teringat dengan quote ‘friend in need is a friend indeed’. Aku pandai juga teringat kat seseorang ni, dia pernah cakap “kawan biar beribu, tapi cinta cuma satu” Oh yes. So sweet of you deng.

Untuk poret aku pasal friendship ni, aku nak lah share my storykan? About one of my best friend forever. Who who who? Her name, Nor Syazwani Mardhiah.

Aku sayang sangat ketat kuat dengan die ni. Kami berdua berkawan dah nak dekat 12 tahun and oh yes now we still keep in touch. Aku share ni nak bagi korang tahu betapa berharganya nilai sebuah persahabatan dan mungkin ada antara kawan yang kenal dengan aku tak tahu pun kisah aku ni. Mai sini aku cerita. Walaupun dia di miri ,aku di bintulu dan kami lalui hari-hari kami selama 5 tahun lamanya berjauhan, namun kami selalu cuba untuk mempertahankan friendship kami ini. Alhamdulillah ya Allah.

Awal perkenalan ketika kami darjah 1, aku ni kuat ‘congek’ sesangat. Nak pi sekolah adakah patut aku menangis? Haha. Zaman jahiliyah namanye tu. Zaman hingus meleleh juga. Woot woot, ceridak kau syue. Jadi, kenangan manis yang aku tak pernah lupa ialah ketika wani memujok aku. Kau bayangkan, ketika itu kami tak rapat pun. Sedang yang lain berlari sana sini, bergurau senda dan semua dengan perangai zaman kanak-kanak tetapi dia datang, peluk dan memujuk aku. Begitu comel lotenya kami ketika itu. Sempat juak tek muji dirik? :D after that, kami semakin rapat. Bergaduh takde ke? For sure, bergaduh adalah ramuan dalam persahabatan yang kukuh bukan? Gaduh-gaduh pun nanti baik semula.hee korang punya cerita pasal persahabatan pula macam mana? ambil KLMJ yang manis2 saja dulu okey?

Sharing is caring,

See the picture above. Sorry guys, picture ni dah tukar colour pulak, ini ketika darjah enam. Betapa pure habis lah gambar nih kan. Muka-muka di atas ni muka lega UPSR dah lepas. Antara kami 5, aku dan wani lah yang still keep in touch until now ;’)

Paling aku malu nak ingat pasal al kisah KLMJ aku dan wani ini ialah ketika habis UPSR ada pertandingan menyanyi di sekolah. Kami 2 tidak terrrrkecuali menyertainya. Ter ok? haha Ouch! Kalau aku ingatkan malu weyh. Suara aku tak lah bagus mane pun, memang pandai juri tak pilih aku menang. Haha walau apa aku rasa, sememangnya ini adalah kenangan terindah aku. Kan wani kan?

Secari konlusinya, kalau bercerita pasal friendship sampai bila pun tak akan habis punya. Yang pastinya jangan sesekali kita tersalah pilih kawan. Memang seorang kawan dapat mengubah yang baik menjadi jahat, dan yang jahat menjadi baik. Cubalah dengan segala keringat yang ada untuk mencari kawan yang akan mengubah kita dari banyak kekurangan ke yang banyak kebaikan. Insyaallah. Untuk wani dan kengkawan semua, dengan tulus ikhlas aku mengucapkan ayat ini...

“ Selagi Hayat Dikandung Badan, Selamanya Kita Kawan :’) “

Terima kasih kepada kalian kerana menerima diri ini menjadi teman setia kalian. Dan minta maaf bebanyak di atas semua salah silap dan semua ketidaksempurnaan yang ada. Yang baik datang dari Allah S.W.T, yang buruk datangnya dari diri ini. Semoga Allah merahmati anda semua.


#tidak lupa, credits to Nurul Afiqa for her helps in my mission to 'renovate' my bloggy. ily feeqa yuka! :)


No comments:

Post a Comment